Assalamualaikum pada pembaca sekalian,pada entri pertama kali ini,admin akan kongsikan serba sedikit mengenai diri serta tujuan blog ini dicipta.
Nama sebenar saya ialah Suhaimi,tapi lebih selesa kiranya pembaca sekalian panggil saya sebagai ‘admin’. Berasal dari Negeri Sembilan dan masih bergelar student Business Administration di Universiti Utara Malaysia.
Tujuan blog ini dicipta adalah untuk memudahkan pembaca dan khususnya student untuk memperoleh maklumat yang selengkap mungkin berkaitan sesuatu tajuk yang ‘diburu’ di enjin carian Google.Masalah paling utama admin dan student bila nak cari maklumat di Google atau Yahoo ialah MASA dan BAHASA (masalah paling biasa).
Disebabkan masa yang terhad, ramai antara kita yang tak mampu nak ‘klik’ berpuluh-puluh pautan hanya utk mencari satu tajuk. Admin percaya, kita masih ada banyak lagi komitmen yang perlu disiapkan selain daripada mengadap komputer berjam-jam yang akhirnya menyebabkan munculnya mata Panda(eyebag). Oleh itu,untuk tajuk tertentu yang admin post, admin akan pastikan maklumat itu lengkap semampu yang mungkin untuk menjimatkan masa pembaca.
Dari segi bahasa,bahasa utama yang digunakan di Internet adalah bahasa Inggeris. Mungkin semua orang tahu membaca tapi tak semua mampu translate bahasa Inggeris dengan baik. Asasnya, tempoh masa untuk menterjemah bahasa bergantung pada setakat mana pemahaman seseorang terhadap bahasa itu.Budak-budak yang dapat MUET band 4 tu pun berpeluh-peluh nak translate BI ke BM,jenuh bang!. Akibatnya, ia akan berakhir dengan anda menyalin seluruh teks di website dan campak pada website Google Translate untuk tugasan ‘menterjemah’. Dan akhirnya ayat yang di translate akan jadi tunggang terbalik(kesian..).Malahan, admin mengaku mengalami kesukaran mencari maklumat sekalipun ia adalah website atau blog dalam bahasa Indonesia,dan hakikat paling pahit semua maklumat yang kita cuba cari dalam bahasa Melayu seakan tidak wujud kerana blogger di Malaysia masih kurang dan mungkin topik ilmiah kurang diberi penekanan dalam blog mereka. Kebanyakan maklumat tersebut mungkin akan muncul samada dalam bahasa Indonesia ataupun Inggeris. Jadi usaha admin untuk mengumpulkan maklumat lengkap ini sedikit sebanyak diharap mampu membantu student dan juga pembaca yang inginkan ilmu bermanfaat untuk santapan minda.
Akhir kata,admin juga ada menghasilkan blog lain yang berbahasa Inggeris iaitu Unbelievable World Fact’s(http://suhaimiwinchester.blogspot.com/ ).Para pembaca tidak perlu risau kerana kandungan entri yang disediakan di blog Dunia Suhaimi adalah santai dan lengkap serta tidak ‘syok sendiri’ kerana admin menghasilkan post bertujuan untuk manfaat ilmu bersama,sekian.


